Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki
dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan
lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian
alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam
kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu
dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga
bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita
dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun
wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah
wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu
namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat
sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.
Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi;
bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki
pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah
kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah
diabaikan.
Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang
sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah;
lelaki dengan gejala dadah.
Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini
sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home