Bila Kalkulator Berbicara

Wednesday, November 24, 2010

Kelebihan Membaca Al-Quran


Rasulullah SAW telah bersabda

Apabila seorang hamba khatam qurannya, 60,000 malaikat berdoa untuknya"

(Riwayat Dailami)


Membaca Al-quran pastinya mendapat pahala besar, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”


Membaca Al-Quran di dalam sembahyang akan mendapat pahala lebih berbanding di luar sembahyang. Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

Membaca al-Quran dalam solat adalah lebih afdal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca al-Quran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka.”

(Riwayat Baihaqi)


Disebut dalam hadith, mintalah dari Allah, akan datang satu zaman manusia membaca quran dan meminta dari manusia, misalnya meminta sedekah dengan membaca quran. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang membaca Al-Quran, mohonlah kepada Allah. Sesungguhnya akan datang nanti kumpulan-kumpulan manusia yang meminta dengan manusia dengan menggunakan Al-Quran"

(Riwayat Tirmizi)

Wallahu'alam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home