Bila Kalkulator Berbicara

Thursday, March 24, 2011

Atasi kulit berminyak & berjerawat


Khusus untuk kaum adam, anda boleh memiliki produk terbaru keluaran NIVEA iaitu
NIVEA For Men Whitening - Acne Oil Control

Kawalan yang membantu melindungi kulit terhadap jerawat sementara menjaga kulit kelihatan lebih jelas dan cerah.

Formula efektifnya dengan Micro-Putih Bersih, Vitamin E dan Micro Beads untuk fungsi berganda bertindak sebagai pembersih dan scrub:

1. Membersihkan pori-pori dan membantu pengelupasan sel-sel kulit mati.

2. Sokongan 5 in 1 Manfaat:

a- Membantu membersihkan akumulasi kotoran dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan jerawat dan minyak berlebih.
b- Memutihkan kulit untuk warna kulit bahkan.
c- Membantu meringankan perubahan warna.
d- Mencegah terhadap penuaan awal.
e- melembutkan kulit muka.

Keputusannya:

1. Kebersihan & cerah warna kulit yang dilindungi dari jerawat & minyak berlebih terbentuk.
2. Dermatologis diuji untuk keserasian kuli
t.

untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.nivea.com.my/products

Tuesday, March 22, 2011

6 foto terbaik Supermoon

Washington, D.C.'s Lincoln Memorial


Manilla


London


Lisbon, Portugal's Tagus River


Karachi, Pakistan


Aalborg, Denmark



ada apa pada R.O.K.O.K?


Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana diberi sedikit kesempatan untuk mencoretkan sedikit bahan bacaan buat pengunjung blog yang telah lama ditinggalkan ini.

ROKOK. aish, aku memang tak boleh hidu bau benda ni. bau benda tu boleh buatkan kepala kau ni sakit. tak dapat nak fikir dengan kreatif & kritis. hehe. bukan tu je, lagi2 kalau waktu tidur, aduhhh, memang rasa macam nak tidur kat bilik member je. tapi tengok jam da jam 3 pagi. apa yang aku buat? aku spray minyak wangi supaya aku tak dapat hidu bau benda tu.
tapi apa sebenarnya yang ada pada rokok ni? apa yang membuatkan ianya menjadi kegilaan dan ketagihan golongan remaja dan dewasa terutama lelaki? saya bawakan untuk kamu.




Seperti yang kelihatan di dalam gambar tersebut, pelbagai jenis bahan yang dicampurkan dalam sebatang rokok. semuanya bawa penyakit! bukannya bawa kepada kebaikan tubuh badan. salah satu bahan yang ssya nak tekankan di sini adalah NIKOTIN (NICOTINE).

Apa yang bahayanya nikotin ni? Nikotin ni seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain yang bertindak balas di dalam otak dan memb

eri kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan keinginan yang tinggi dan atas kehendak Allah.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. biarpun pembunuh keempat, namun ianya berpotensi membunuh manusia. tidakkah ianya seolah-olah me

mbunuh diri sendiri?

fakta telah jelas diperkatakan disini. buat anda yang perokok, sila tinggalkan la tabiat yang tak memberi faedah ini. hanya mengganggu ora

ng sekeliling.

apa pula kesan asap rokok ni kepada orang sekeliling sehingga ramai yang naik menyampah dengan asap rokok ni?

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.


Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.


Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ yang berkaitan.


Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.


Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.


Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.


Jelas da kan? so, ambillah tindakan yang sewajarnya. Jika anda perokok, segeralah berhenti merokok.Memang ianya bukan mudah, tapi keinginan yang kuat itulah ubat yang paling mujarab dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Insya Allah, tawakal sepenuhnya pada Allah. Allah akan permudahkan urusan kamu.

Semoga coretan ini bermanfaat buat yang membacanya.

Insya Allah.



-by: Bila Kalkulator Berbicara (Edisi Renungan Bersama)-